ASPEK KAJIAN WACANA
1.0 PENGENALAN
Wacana
ialah unit tertinggi bahasa yang melampaui ayat dan kajian tentang unit
tersebut. Oleh sebab wacana ialah unit bahasa yang tertinggi, maka wacana dapat
direalisasikan dalam pelbagai bentuk sehingga meliputi peristiwa bahasa. Secara
umumnya wacana dapat dikaitkan dengan tiga kategori besar iaitu melampaui ayat,
penggunaan bahasa dan juga amalan sosial yang meliputi bukan linguistik dan
bukan tentu bahasa.
Terdapat
tujuh ciri dalam wacana iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat,
keadaan dan interteks. Sebuah wacana yang baik akan memenuhi ciri-ciri wacana
yang telah dikemukakan. Selain itu, wacana pula terbahagi kepada dua jenis
iaitu wacana lisan dan wacana tulisan. Wacana lisan ialah wacana yang dihasilkan
melalui media lisan iaitu melibatkan hubungan pembicara dan pendengar manakala
wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis yang mana
melibatkan hubungan antara penulis dengan pembicara.
Setiap
wacana mempunyai penanda yang juga dikenali sebagai penanda wacana. Antara
fungsi penanda wacana ialah sebagai tambahan, urutan, penyataan semula, untuk
menunjukkan sebab, kesan waktu dan tempat serta berfungsi untuk membuat
bandingan serta rumusan sesuatu wacana.
Penanda
wacana amat penting kepada sesuatu wacana kerana tanpa penanda wacana yang
tepat akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai
kesatuan dan perpautan yang lengkap. Secara umumnya penanda wacana dalam bahasa
melayu terdiri daripada penanda leksikal, penanda rujukan, penanda penghubung,
penanda penggantian dan penanda elipsis atau pengguguran.
2.0 DEFINISI WACANA
Perkataan
Wacana adalah padanan perkataan discourse dalam bahasa Inggeris. Perkataan
discourse dalam Kamus Webster, 1983 : 522 bererti hubungan fikiran dengan
kata-kata, ekspresi idea-idea atau gagasan-gagasan atau percakapan. Hubungan
secara umum, terutama sebagai suatu subjek kajian atau pokok bahasan, risalah
tulisan, disertasi formal, kuliah, ceramah serta khutbah.
Perkataan
wacana menurut Kamus Dewan Edisi Baru 1993 : 1484 bermaksud ucapan, pertuturan,
percakapan, keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan. Semua perkara yang
melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang penting bagi
wacana. Wacana adalah sebagai kesinambungan cerita dengan bahasa yang mudah dan
kesinambungan ini ditunjang oleh jalinan maklumat. Dalam bidang pendidikan
Bahasa Melayu pula telah diperkenalkan beberapa definisi wacana. Dari segi
hierarki tatabahasa , wacana terletak pada heirarki yang tertinggi selepas
ayat, seperti yang tergambar dalam rajah berikut :
Perkataan
-->Frasa --> Klausa--> Ayat --> Wacana
Keseluruhan
terbitan atau hasil karya dalam sesuatu bahasa. Berdasarkan erti perkataan
wacana di atas dapat disimpulkan bahawa perkataan wacana itu sama dengan
perkataan ucapan yang utuh untuk wacana lisan, dan karangan yang utuh untuk
wacana tulisan dalam pengajaran bahasa Melayu sebelum ini. Wacana ialah satu
unit bahasa yang lengkap . Ia melebihi tingkat ayat. Oleh kerana sifatnya yang lengkap
wacana mempunyai tubuh teks seperti berikut:
a.
Pendahuluan
b.
Tubuh - isi, munasabah, logik, menarik, berkesan, usur-unsur paralinguistik
(tanda bacaan, cetakan tebal, miring, garis tebal)
c.
Penutup
d.
graf, jadual, peta dan statistik.
Wacana
boleh ditulis dalam pelbagai bentuk penulisan, iaitu sama ada naratif
(pemerian), deskriptif (pengambaran), eksposisi (pendedahan) atau penghujahan.
Untuk memperoleh gambaran yang lebih jelas, definisi wacana telah dihurai serta
diterangkan oleh beberapa tokoh bahasa di bawah ini, antaranya ialah :
Asmah
Haji Omar (1982)3 menegaskan bahawa wacana ialah unit bahasa yang melebihi
batas ayat, yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan
fikiran yang berurutan seperti ayat, sejumlah ayat, ceraian, perenggan, bab,
buku, novel, cerpen, cerita, dialog, siri buku (cerita) dan sebagainya. Menurut
beliau lagi, wacana tidak mempunyai satu-satu jenis ayat yang terdiri dengan
utuhnya tanpa dipengaruhi oleh proses-proses kelahiran ayat. Ini bermaksud bahawa
ayat yang selalu didapati dalam struktur dan sistem secara teratur. Asmah telah
membezakan ayat sistem daripada ayat wacana. Ayat sistem adalah ayat atau tutur
yang dikeluarkan dan diasingkan dari konteks wacana, sedangkan ayat wacana yang
juga disebut ayat teks adalah ayat yang betul-betul terdapat dalam wacana teks
dan wacana lisan.
Menurut
Raminah Haji Sabran (1984:218) dalam bukunya yang bertajuk Kajian Bahasa untuk
Pelatih Maktab Perguruan, mendefinisikan wacana adalah unit bahasa yang
melebihi batas ayat, kerana itu ia boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat,
ceraian, bab, buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang di dalamnya
memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan.
Menurut beliau lagi, wacana merupakan kesatuan bahasa yang lengkap.
Menurut
Fokker (1951)4 pula, hubungan kesinambungan cerita itu dapat menunjukkan secara
nahuan, iaitu perujukan (verwijzing), kata-kata penghubung (verbindingswoorden)
dan pengguguran (ellips). Kesatuan makna dalam wacana seperti yang diterangkan
di atas akan dilihat dari segi makna logik dan makna tautan. Makna tautan
inilah yang merupakan konsep semantik dan merujuk kepada perkaitan kebahasaan
yang didapati pada suatu ujaran yang membentuk wacana.
Stubbs,
Michael menyatakan bahawa wacana merupakan kesatuan bahasa yang lebih besar
daripada ayat atau klausa. Dengan kata lain, wacana merupakan unit-unit
linguistik yang lebih besar daripada ayat atau klausa, seperti
pertukaran-pertukaran percakapan atau teks-teks tertulis. Secara ringkas, yang
disebut teks bagi wacana adalah ayat bagi ujaran.
Harimurti
Kridalaksana (1984:204)1 menyatakan bahawa wacana adalah satuan bahasa
terlengkap; dalam hierarki tatabahasa merupakan satuan tatabahasa tertinggi
atau terbesar. Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh
seperti novel, buku, ensiklopedia, dan sebagainya, paragraf, ayat atau kata yang
membawa amanat yang lengkap.
Anton
M.Moeliono (1995:407)2 mendefinisikan wacana adalah rentetan kalimat yang
berkaitan sehingga terbentuklah makna yang serasi di antara kalimat itu.
Henry
Guntur Tarigan menegaskan bahawa wacana adalah satuan bahasa yang terlengkap
dan tertinggi atau terbesar di atas kalimat atau klausa dengan koherensi dan
kohesi tinggi yang berkesinambungan yang mempunyai awal dan akhir yang nyata
disampaikan secara lisan atau tertulis.
Setelah
dilihat beberapa huraian tentang beberapa definisi mengenai wacana yang diambil
daripada berbagai-bagai sumber, dapat dilihat bahawa adanya persamaan dan juga
perbezaan pendapat mengenai dengan definisi wacana yang diperolehi dari ahli-ahli
linguistik ataupun penulis.
Secara
tuntasnya, wacana letaknya lebih tinggi daripada ayat pada skala tatatingkat
tatabahasa dan mempunyai keteraturan fikiran logik (coherence) dan juga tautan
(cohesion) dalam strukturnya. Wacana dicirikan oleh kesinambungan maklumat.
Makna kesinambungan di sini adalah diertikan sebagai kesatuan makna. Terdapat
lapan unsur-unsur penting dalam wacana iaitu satuan bahasa, terlengkap,
mengatasi ayat atau klausa, teratur atau tersusun rapi, berkesinambungan,
kohesi, lisan atau tulisan awal dan juga akhir yang nyata.
3.0 KONSEP WACANA
3.0 KONSEP WACANA
Wacana
berasal daripada perkataan wacana berasal daripada bahasa Jawa wocono. Wocono
pula daripada woco yang bermaksud baca. Dalam bahasa Inggeris, discourse
berasal daripada bahasa Latin discursus yang bermakna ‘larian ke dan dari’.
Menurut Chafe, wacana digunakan dengan pelbagai maksud oleh pelbagai pengkaji.
Tetapi, pada umumnya wacana dilihat sebagai sesuatu yang melampaui sempadan
ayat yang terpisah-pisah. Wacana dan teks digunakan saling bertukar ganti, dan
kedua-duanya merujuk kepada unit bahasa yang lebih besar daripada ayat. Wacana,
menurut beliau lagi, merujuk kepada kajian tentang unit tersebut, cabang
linguistik yang setara dengan cabang yang lain seperti morfologi atau
sintaksis.
Menurut Trask, wacana dikatakan sebagai siri ujaran yang bersambungan oleh seorang penutur atau lebih. Crystal menyatakan wacana dalam linguistik merujuk kepada jujuhan bahasa (biasanya lisan) yang lebih besar daripada ayat. Crystal juga mendefinisikan wacana sebagai unit perlakuan. Unit ini mempunyai status prateori dalam linguistik, iaitu seberkas ujaran yang terdiri daripada peristiwa bahasa seperti perbualan, khutbah dan temu duga. Cook mendefinisikan wacana sebagai bahasa dalam penggunaan dan untuk perhubungan (Sanat, 2002:35-36). Dijk (1997: 1-34) menyatakan konsep wacana kabur kerana tentang fenomena yang rencam. Namun, wacana menurut beliau suatu bentuk penggunaan bahasa yang melibatkan komunikasi dan interaksi. Werth (1999: 1) pula melihat wacana sebagai suatu peristiwa bahasa yang sempurna yang mempunyai awal dan akhir.
Menurut Trask, wacana dikatakan sebagai siri ujaran yang bersambungan oleh seorang penutur atau lebih. Crystal menyatakan wacana dalam linguistik merujuk kepada jujuhan bahasa (biasanya lisan) yang lebih besar daripada ayat. Crystal juga mendefinisikan wacana sebagai unit perlakuan. Unit ini mempunyai status prateori dalam linguistik, iaitu seberkas ujaran yang terdiri daripada peristiwa bahasa seperti perbualan, khutbah dan temu duga. Cook mendefinisikan wacana sebagai bahasa dalam penggunaan dan untuk perhubungan (Sanat, 2002:35-36). Dijk (1997: 1-34) menyatakan konsep wacana kabur kerana tentang fenomena yang rencam. Namun, wacana menurut beliau suatu bentuk penggunaan bahasa yang melibatkan komunikasi dan interaksi. Werth (1999: 1) pula melihat wacana sebagai suatu peristiwa bahasa yang sempurna yang mempunyai awal dan akhir.
Selain
itu, menurut Johnstone, B. (2002:2-4), wacana dilihat sebagai contoh sebenar
komunikasi melalui bahasa. Wacana juga dalam bentuk jamak merujuk kepada pola
kepercayaan dan tindakan lazim di samping pola bahasa. Wacana demikian merujuk
kepada idea dan cara bertutur sehingga dapat mempengaruhi dan dipengaruhi.
Menurut Schiffrin et. al (2003:1), wacana mempunyai makna yang berbeza kepada
pakar yang berbeza bidang. Kepada ahli bahasa, wacana biasanya didefinisikan sebagai
apa sahaja yang melampaui ayat. Malah, definisi wacana itu dapat dirangkumkan
kepada tiga kategori besar, iaitu yang melampaui ayat, penggunaan bahasa, dan
amalan sosial yang meliputi bukan linguistik dan bukan tentu bahasa. Mereka
melihat wacana dan analisis wacana sebagai sama.
Dapat
disimpulkan di sini bahawa wacana sebagai unit tertinggi bahasa yang melampaui
ayat dan kajian tentang unit tersebut. Sebagai unit bahasa yang tertinggi,
wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk sehingga meliputi peristiwa
bahasa. Sebagai kajian, wacana memfokuskan pada unit tertinggi bahasa itu sehingga
meliputi amalan sosial.
Analisis
wacana menurut Johnstone, B. (2002:2-4), memfokus kepada proses memecahkan
wacana kepada bahagian kecil dengan berdasarkan kriteria tertentu dan melihat
ciri setiap bahagian itu. Selain melihat ciri struktur bahagian itu, analisis
wacana juga melihat fungsi bahagian itu. Menurut beliau, analisis wacana
sekadar metodologi.
Dijk,T.
A.V. (Schiffrin et. al, 2003:352) melihat analisis wacana peringkat kritis
se-bagai sejenis kajian analisis wacana yang berfokus pada cara penyalahgunaan
kuasa sosial, penguasaan dan ketidaksetaraan dimuatkan, ditampilkan dan
dipertahankan melalui wacana dalam konteks sosial dan politik. Penganalisis
wacana kritis mengambil pendirian yang jelas untuk memahami ketidaksetaraan
sosial sehingga sanggup mendedahkan dan memeranginya.
Wacana
sebagai unit bahasa yang terbesar dianalisis melalui analisis wacana. Analisis
wacana pula berkait dengan pandangan bahasa (Sanat,2005a:131-132). Ada tiga
pandangan bahasa pada umumnya: Pandangan positivisme-empiris yang melihat
bahasa sebagai jambatan antara manusia dengan objek di luar dirinya. Analisis
wacana dalam konteks pandangan ini tidak melihat makna subjektif atau nilai
yang mendasari penyataan. Sebaliknya, makna penyataan dilihat sebagai kebenaran
atau ketidakbenaran sesuatu wacana dari segi aturan tatabahasa, seperti tautan
dan runtutan.
Pandangan
konstuktivisme menolak pandangan positivisme-empirisme yang memisahkan subjek
dengan objek. Subjek dianggap sebagai faktor utama dalam kegiatan wacana serta
hubungan sosialnya. Subjek memiliki kemampuan untuk men guasai maksud tertentu
dalam setiap wacana. Oleh itu, analisis wacana dimaksudkan sebagai suatu
analisis untuk membongkar maksud dan makna tertentu daripada penyataan subjek.
Pandangan
kritis membetulkan pandangan konstuktivisme yang kurang sensitif kepada proses
produksi dan reproduksi makna yang terjadi secara historis dan institusional.
Bahasa dalam pandangan kritis difahami sebagai representasi yang berpe-ranan
dalam membentuk subjek tertentu, topik wacana tertentu, mahupun strategi di
dalamnya. Oleh itu, analisis wacana dipakai untuk membongkar kuasa yang ada
dalam setiap proses bahasa.
Di
sini, jelas analisis wacana bermaksud sebagai metodologi untuk melihat sama ada
makna penyataan sebagai kebenaran atau ketidakbenaran wacana, membongkar maksud
dan makna tertentu daripada penyataan subjek, atau membongkar kuasa dan
ketidaksetaraan sosial yang ada dalam setiap proses bahasa.
Konsep
tatabahasa wacana pula dalam kertas ini selain sebagai tatabahasa yang
mencakupi unit tertinggi bahasa, iaitu wacana, juga mengambil kira asas
penggunaan bahasa yang mengambil kira koteks dan konteks yang cukup luas
sehingga memungkinkan pengguna peka teks, koteks, dan konteks amalan sosial dan
amalan agama. Dengan kata lain, tatabahasa seperti ini dikenali sebagai
tatabahasa wacana mega (Sanat, 2005 dan 2006).
Konsep
tatabahasa ini sama dengan analisis wacana dari segi cakupan tumpuan pada
wacana tetapi berbeza dari segi konteks amalan dan metodologi. Metodologi
analisis wacana sekadar menganalisis yang menurut Johns-tone, B. (2002:2-4)
merujuk kepada proses analisis secara eksplisit, sama ada mental atau mekanikal
dalam memecahkan sesuatu kepada bahagian kecil.
4.0 LATAR BELAKANG WACANA
Menurut
Sanat Md. Nasir (2002:1-8 dan12-18), wacana sebagai bidang kajian mempunyai
sumber sejarahnya yang panjang, iaitu bermula dengan peradaban keagamaan yang
mengkaji kitab agama, seperti teks Veda sejak 1200-1000 S.M. Malah, jika
disorot lagi, zaman suhuf-suhuf dan risalah nabi-nabi Allah jauh lebih awal,
seawal Nabi Adam.
Dalam
tradisi Barat pula, wacana mendapat sumber sejarahnya daripada retorik klasik
seawal abad kelima sebelum Masihi. Bidang ini mendapat tumpuan dalam aliran
linguistik awal oleh Aristotle (384-322 S.M.) melalui retorik dan seterusnya,
aliran Stoik oleh Zeno pada 300 S.M.
Retorik
klasik mula malap dengan munculnya linguistik sejarah dan perbandingan pada
awal abad ke-19. Pada awal abad ke-20 lahir aliran struktural yang mempengaruhi
formalis Rusia dan strukturalis aliran Praha seperti pada Morphology of the
Folktale oleh Propp (1928) dan tentang perspektif ayat tugasan oleh Mathesius
(1939). Daripada beliaulah lahir konsep struktur tema dan struktur maklumat yang
menjadi asas runtutan teks.
Di
Great Britain, telah berkembang aliran Firth (1935) yang menghubungkan bahasa
dengan sekitarannya melalui konsep keperihalan keadaan Malinowski. Di Amerika
Syarikat pula terdapat tulisan yang menggunakan ungkapan analisis wacana oleh
Harris (1952). Beliau menggunakan prosedur formal tentang penyebaran struktur
kelas keserupaan yang melebihi ayat.
Analisis
wacana moden bermula pada pertengahan 1960-an dengan terbitnya analisis
struktural wacana di Perancis. Di Amerika Syarikat terdapat aliran tagmemik
yang dipelopori oleh Pike, etnografi pertuturan oleh Hymes dan aliran
tatabahasa stratifikasi oleh Lamb. Di Jerman pula, muncul aliran linguistik
teks oleh Hartmann. Dan di Great Britain, wujud aliran tatabahasa fungsional
oleh Halliday yang seterusnya dikenali dengan linguistik sistemik.
Halliday
(1962) dalam artikelnya, “Descriptive Linguistics in Literary Studies”,
dikatakan telah membuat penyataan awal tentang tautan yang seterusnya kepada
pemahaman struktur wacana. Ruqaiya Hassan (1964) dalam tesis Ph.Dnya
memperkukuh konsep tautan Halliday tersebut. Pemuka aliran stratifikasi.
Gleason
(1968), berpendapat dalam struktur wacana terdapat dua konstituen semologi,
iaitu jalur peristiwa dan jalur peserta. Menurut beliau, tautan berada dalam
jalur peserta. Dekad 1960-an ini menandakan perkembangan awal analisis wacana
moden yang lebih bersifat deskriptif dan struktural terhadap genre wacana
popular atau peribumi. Aliran ini bergerak bebas dan bertentangan dengan aliran
linguistik semasa, iaitu tatabahasa transformasi generatif.
Analisis
wacana pada dekad 1970-an merupakan analisis secara sistematis dalam disiplin
yang sama atau antara disiplin. Perkembangan ini merupakan tentangan terhadap
tatabahasa formal dan bebas konteks transformasi generatif. Antara terbitan
yang besar dalam tempoh itu ialah Halliday dan Hasan (1976). Mereka
menghasilkan Cohesion in English yang oleh Brown dan Yule (1983:190) dikatakan
paling komprehensif dan piawai dalam bidang tautan. Malah, dalam Sanat
(2002:18) terdapat kesimpulan bahawa daripada 17 buah disertasi Ph.D di luar
negara tentang tautan sehingga 1993, 15 buah daripadanya menggunakan kerangka
sistemik Cohesion in English.
Dekad
1980-an dan awal 1990-an menjadikan analisis wacana lebih padu dan berkembang,
dan pada waktu yang sama merencam dan mengkhusus. Antara terbitan yang besar
dalam tempoh tersebut ialah Beugrande dan Dressler (1981), Introduction to Text
Linguistics, Longacre (1983), The Grammar of Discourse, Halliday (1985), An
Introduction to Functional Grammar, Martin (1992), English Text: System and
Structure, dan Cook (1994), Discourse.
Jika
dilihat perkembangan pada dekad pertengahan 90-an dan awal abad ke-21, didapati
analisis wacana memasuki tahap kritis seperti dalam Fairclough (1995,2001 dan
2003). Malah, beliau telah menghasilkan karya lebih awal daripada itu seperti
Discourse and Social Change pada 1992. Seperti yang dinyatakan di atas,
analisis wacana ini lebih menumpukan pada usaha membongkar kuasa yang ada dalam
setiap proses bahasa kerana bahasa dilihat sebagai representasi yang memproduksi
dan mereproduksi makna
5.0 LATAR BELAKANG WACANA BAHASA
MELAYU
Menurut
Sanat Md. Nasir (2002: 9-12), kajian wacana bahasa Melayu masih baru. Ada
pendapat yang mengatakan Muhammad Yunus Maris (1966) merupakan perintis
analisis wacana dalam bahasa Melayu dengan menggunakan teknik keperihalan
keadaan untuk menerangkan penggunaan ganti nama.
Setakat
yang terkumpul, Harimurti Kridalaksana (1970: 1), menulis makalah beliau “NYA
sebagai penanda anafora”. Pada tahun 1978, beliau telah menulis kertas kerja
yang bertajuk “Keutuhan Wacana” dan diterbitkan sebagai artikel dalam Jurnal
Dewan Bahasa. Artikel itu membahaskan keutuhan wacana sebagai salah satu aspek
analisis wacana. Penelitian beliau kelihatan terpengaruh dengan aliran tagmemik
dan linguistik teks. Demikianlah juga aliran tagmemik digunakan dalam Ph.D.
Aja-miseba (1978).
Kerancakan
penyelidikan tentang wacana bahasa Melayu berlaku dalam tahun 1980-an, iaitu
sepuluh tahun selepas wacana sebagai satu disiplin rancak di Eropah dan di
Amerika Syarikat. Pemaparan penyelidikan itu berupa artikel, disertasi dan
buku. Asmah (1980a dan 1980b) telah menulis dua buah artikel dalam Jurnal Dewan
Bahasa, yang masing-masing bertajuk “Analisis Wacana” dan “Pengajaran Bahasa
untuk Kemahiran Berkomunikasi: Pendekatan Wacana”. Dalam artikel yang pertama
itu, beliau telah menunjukkan penggunaan tiga jenis analisis wacana, iaitu
kaedah Harris, kaedah Becker, dan kaedah Sinclair dan Coulthard. Artikel lain
seperti Lufti Abas (1982) dan Soenjono Dardjowidjojo (1985).
Selain
yang berbentuk artikel, penyelidikan wacana juga telah dilakukan secara serius
di peringkat latihan ilmiah, sarjana dan kedoktoran. Daripada bibliografi
latihan ilmiah yang diusahakan oleh Ismail (1994) dari tempoh 1977 hingga 1994,
didapati latihan ilmiah yang berkaitan dengan wacana hanya muncul mulai tahun
1984. Terdapat 14 buah latihan ilmiah tentang kajian wacana sejak tahun
tersebut hinggalah tahun 1989. Penelitian di peringkat sarjana sepanjang tempoh
tahun 1980-an setakat yang terkumpul ialah Sucipto (1987) dan Wong (1988).
Sucipto melihat unsur tautan manakala Wong, kesinambungan topik.
Di
peringkat disertasi kedoktoran pula, termasuklah Abdul Aziz Idris (1982),
Farrerty (1982), Azhar M. Simin (1983), dan Tallei (1988). Abdul Aziz berfokus
pada aspek struktur tema dan sistem hubungan logikal dalam teks pendedahan
bahasa Melayu dan Inggeris. Rafferty pula melihat struktur wacana bahasa
Indonesia yang dituturkan oleh orang Cina di Malang, Indonesia. Azhar pula
meneliti sintaksis wacana yang dalam bahasa Malaysia sedangkan Tallie, dengan
menggunakan pendekatan analisis wacana, cuba mengkaji keterpaduan, keruntutan,
dan keterbacaan wacana buku pelajaran bahasa Indonesia di peringkat sekolah
dasar.
Penelitian
wacana sepanjang tahun 1980-an dalam bentuk buku dan sebahagian daripada buku
dapat dilihat seperti dalam Asmah (1987: 108-127) tentang teks saintifik,
Tarigan (1987) Pengajaran Wacana dan Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia (1988:
334-360).
Dekad
awal 1990-an diperteguh dengan kerancakan penelitian tentang wacana bahasa
Melayu seperti yang ditunjukkan oleh peneliti berikut. Sato (1991) menghasilkan
tesis Ph.D. dengan tajuk “Analisis Nahu Wacana Bahasa Melayu Klasik Berdasarkan
Teks Hikayat Hang Tuah”. Tumpuan beliau pada hubungan antara susunan ayat yang
logikal dengan susunan maklumat. Perhatian juga diberikan terhadap analisis
tetenunan dalam ayat yang berkaitan dengan hubungan tersebut.
Soeseno
(1992) dalam syarahan perdana sempena pengukuhan beliau sebagai profesor telah
memilih tajuk “Analisis Wacana dan Penerapannya”. Dalam syarahan itu, beliau
secara meluas menyentuh topik-topik seperti analisis wacana sebagai cabang ilmu
bahasa, perbezaan antara wacana lisan dengan tulisan, konteks situasional,
prinsip interpretasi lokal dan analogi, implikatur, presuposisi, inferensi,
referensi, pronominal, kohesi, koherensi dan pengetahuan tentang dunia. Di
hujung syarahan beliau itu, ada dimuatkan contoh-contoh analisis wacana.
Manakala
peneliti lain yang menghasilkan artikel atau kertas kerja, seperti Samsuri
(1992), Ramlan (1992), Ebah (1992), Wong (1992;1993), Sanat (1992;1994;1995a
dan 1995b;1996a dan 1996b), Dede Oetomo (1993), Ismail (1993;1994) dan Zahrah
(1995).
Jika
ditinjau dari segi penghasilan latihan ilmiah dalam bidang ini bagi tempoh 1990
hingga 1994 di Malaysia, terdapat 17 buah, iaitu 15 buah dari Jabatan
Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia, dan dua buah dari Rancangan Bahasa
Melayu, Universiti Malaya. Dua buah latihan ilmiah itu terdiri daripada Hasnah
(1994), “Analisis Tautan dalam Wacana Bahasa Melayu” dan Tan (1994), “Tautan
dalam Bahasa Melayu”. Kedua-dua latihan ilmiah tersebut menggunakan kerangka
Halliday dan Ruqaiya Hasan (1976).
Seperti
yang telah dinyatakan di atas, wacana sebagai bidang kajian dalam penelitian
bahasa Melayu masih baru. Hal ini berlaku kerana beberapa sebab. Antaranya,
wacana sebagai satu disiplin hanya berlaku pada tahun 1970-an di Eropah dan di
Amerika Syarikat. Biasanya, kesannya akan memakan waktu antara 5 hingga 10
tahun untuk sampai ke sini. Pada waktu yang sama, aliran transformasi generatif
yang dipelopori Chomsky masih kuat bertapak sehingga kebanyakan ahli bahasa
kita yang belajar di peringkat kedoktoran dalam tempoh itu telah terpengaruh
dengan aliran tersebut.
Selain
itu, kajian wacana sebagai mata kursus peringkat sarjana muda di universiti
tempatan masih belum menyeluruh. Lufti, Sanat dan Nuwairi (1985) telah membuat
tinjauan tentang pengajaran linguistik di Malaysia dari segi konsep dan aliran,
dan didapati hanya Jabatan Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia yang ada
menawarkan kursus tersebut.
Bahkan, kursus itu pun dianggap umum sebab sekadar menyatakan topik tentang teori sintaksis yang boleh dilihat daripada aliran lain yang bukan wacana, seperti tranformasi generatif.
Bahkan, kursus itu pun dianggap umum sebab sekadar menyatakan topik tentang teori sintaksis yang boleh dilihat daripada aliran lain yang bukan wacana, seperti tranformasi generatif.
Pada
awal tahun 1990 diberitahu bahawa di IKIP Malang, Unika Atma Jaya dan di
Universitas Indonesia di Indonesia masih belum ada kursus seumpama itu di
peringkat ijazah pertama. Demikian juga di Jabatan Pengajian Melayu, National
University of Singapore. Sebaliknya, Pengajian Bahasa Malaysia, Pusat Pengajian
Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia sudah menawarkan kursus “Analisis
Wacana” di peringkat ijazah dasar bagi sesi 1989/90. Di Rancangan Bahasa
Melayu, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya kursus tersebut hanya dapat
dimulakan pada sesi 1993/94 dengan tajuk “Tatabahasa Wacana Bahasa Melayu”.
Jabatan Pengajian Melayu, Fakulti Bahasa Moden, Universiti Pertanian Malaysia
belum lagi menawarkan kursus yang seumpama itu pada sesi 1995/
6.0 CIRI – CIRI WACANA
Menurut
Beaugrande dan Dressler (1981:81), terdapat tujuh ciri ketekstualan yang perlu
dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang utuh, iaitu tautan, runtutan, tujuan,
penerimaan, maklumat, keadaan dan interteks.
Namun
menurut Asmah Haji Omar dalam artikel Jurnal Dewan Bahasa yang bertajuk “
Analisis Wacana “ pula terdapat lapan unsur-unsur penting dalam wacana iaitu :
I.
satuan bahasa
II.
terlengkap
III.
mengatasi ayat atau klausa
IV.
teratur atau tersusun rapi
V.
berkesinambungan
VI.
kohesi
VII.
lisan atau tulisan
VIII.
awal dan akhir yang nyata.
Menurut
Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan edisi Ketiga pula, terdapat dua ciri
utama dalam sebuah wacana yang utuh iaitu, kohesi (atau tautan) dan koheren
(atau runtutan). Menurut beliau lagi, terdapat juga ciri-ciri yang lain
termasuklah tujuan sesuatu wacana, penerimaan oleh pendengar atau pembaca,
maklumat yang terkandung, keadaan yang mewujudkan wacana dan interteks atau
peranan wacana–wacana lain yang membantu pendengar atau pembaca memahaminapa
yang didengar atau dibaca.
6.1 Tautan Atau Kohesi
Tautan
atau kohesi ialah keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur
linguistik yang lain dalam sesebuah wacana untuk menghasilkan wacana yang
mantap. Keserasian hubungan ini lazimnya dilihat melalui hubungan antara
sesuatu perkataan, frasa atau ayat dengan perkataan, frasa atau ayat lain yang
terdapat dalam wacana tersebut. Tautan penting kerana tautan dapat mewujudkan kesinambungan
antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga membentuk suatu kesatuan.
Kohesi juga merujuk kepada idea atau esei yang dijalin rapi hingga menjadi
bersepadu.
Kohesi
juga disebut sebagai organisasi sintaktik yang mana merupakan wadah ayat-ayat
yang disusun secara padu dan juga padat. Perkara ini bermaksud kohesi adalah
hubungan di antara ayat di dalam sebuah wacana tidak kira sama ada dari segi
strata gramatikal mahupun strata leksikal tertentu. Penguasaan dan pengetahuan
kohesi yang begitu baik akan dapat menghasilkan wacana yang baik.
“Tautan
merupakan satu set kemungkinan yang wujud dalam bahasa untuk menjadikan suatu
teks itu berkesatuan” (Halliday dan Hasan:1976)
Menurut
Halliday dan Hasan lagi, "Cohesion is expressed through the strata organization
of language. Language can be explained as a multiple coding system comprising
three levels of coding or 'strata'. The semantic (meaning), the
lexicogrammatical (forms) and the phonological and orthographic (expression).
Meanings are realized (coded) as forms, and the forms are realized in turn
(recoded) as expressions. To put this in everyday terminology, meaning is put
into wording and wording into sound or writing."
Halliday
dan Hasan telah cuba melihat tautan makna itu dari dua sudut iaitu tautan
nahuan dan tautan leksikal. Kedua-dua nahuan ini wujud dalam sesuatu kesatuan
teks. Selain itu, kohesi juga memperlihatkan jalinan ujaran dalam bentuk ayat
bagi membentuk suatu teks atau konteks dengan menghubungkan makna yang
terkandung di dalam unsur. Kohesi juga dikenali sebagai tetenunan, tautan,
kepaduan dan sebagainya.
Contohnya:
1.
Syazwani, Siti dan Faiznur ke perpustakaan.
2.
Mereka ke sana untuk meminjam buku.
Dalam
contoh di atas, terdapat tautan antara kedua-dua ayat tersebut. Perkataan mereka
dalam ayat kedua merujuk kepada Syazwani, Siti dan Faiznur, sementara sana
merujuk kepada perpustakaan. Oleh itu, kedua-dua ayat yang mempunyai tautan ini
dianggap sebagai wacana. Tambahan pula, kedua-dua ayat ini bermakna dan
difahami.
6.1.1 Jenis-jenis kohesi
6.1.1.1 Kohesi Leksikal
Kohesi
Leksikal diperoleh dengan cara memilih kosa kata yang serasi. Ada dua cara bagi
mencapai aspek kohesi leksikel ini, iaitu reiterasi dan kolokasi.
I) REITERASI (PERNYATAAN SEMULA)
Reiterasi atau pernyataan semula berlaku melalui
tiga cara, iaitu pengulangan kata, sinonim, superordinat dan kata-kata umum.
a) Pengulangan Kata
Pengulangan
kata ini dikenali juga sebagai repetition. Kata yang sering kali diulang ini
adalah dari 'kata isi' (content word). Ini bermakna kata itu adalah kata yang
amat penting bagi sesuatu ayat yang dibentuk dan dibina bagi teks ataupun
wacana. Kata isi ini boleh dikenal pasti melalui dua cara. Cara yang pertama
ialah kata itu atau 'kata isi' tersebut akan dijadikan sebagai unsur yang tidak
boleh ditinggalkan ataupun tidak digunakan jika diperkatakan di dalam intipati
teks. Manakala cara yang kedua ialah jika kata tersebut tidak diulang maka
berkemungkinan teks itu akan terganggu sifat kesatuannya.
Dalam
bahasa Melayu, kata yang akan diulang itu boleh berubah bentuk dari segi
ataupun sudut morfologi. Ini dapat dikategorikan di dalam pengulangan kata ini,
jika kelas kata yang diulang itu tidak berubah.
b) Sinonim
Sinonim
ialah suatu kata yang mempunyai makna yang sama dengan 'kata seerti'. Sinonim
ini digunakan kerana ianya untuk mengelakkan kebosanan bagi pengulangan kata
yang sama di dalam teks dan juga sinonim ini memberikan variasi kepada sesuatu
teks. Sesetengah kata dikatakan sinonim adalah disebabkan kedua-duanya merujuk
kepada perkara yang sama.
c) Superordinat
Superordinat
ialah penggunaan kata yang lebih khusus atau 'hiponim' kepada kata yang lebih
umum atau dikenali sebagai 'hiperonim'.
Contoh
:
Semua
yang ada di desa seperti kambing, biri-biri, kerbau, lembu dan ayam, harus
dibuatkan kandangnya secara teratur. Ketua Kampung mengarahkan penduduk desa
membuat kandang ternakan masing-masing. (Tarigan, H.G. 1995: 146)
Superordinat
bagi contoh di atas ialah kata umum yang merujuk 'kambing, kerbau, biri-biri,
ayam', iaitu 'ternakan'. Kata 'kambing, kerbau, ayam' adalah kata khusus yang
juga dikenali hiponim.
d) Kata-kata Umum
Kata-kata
umum ialah kata-kata yang tidak tentu kelasnya.
Contoh
:
Bagi
Awang Semaun, jika ia beroleh sesuatu hasil perburuan atau berkarang, sebelum
perolehan itu dibawanya balik ke rumahnya… (Harun Aminurrashid. 2001:25)
II) KOLOKASI
Bagi
mengenal kolokasi adalah melihat dari dua sudut, iaitu
a)
dari sudut sintaksis
b)
dari sudut semantik.
Contoh
:
a) Dari Sudut Sintaksis
Ketika
itu nama Brunei dikenali sebagai Puni, kerana ibu kotanya bernama Puni. Pada
zaman Sultan Muhyiddin iaitu Sultan Brunei yang ke-XIV baharulah Kerajaan
Brunei itu dipindahkan ke tempat yang ada sekarang. (Harun Aminurrashid.
2001:19)
Contoh
:
b) Dari Sudut Semantik
Kerajaan
berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan perhubungan di tanah air kita, iaitu
perhubungan darat, laut dan udara. Dalam bidang perhubungan darat telah
digalakkan pemanfaatan kereta api dan kenderaan bermotor. Kenderaan ini
meliputi kereta, motosikal dan lain-lain. (Tarigan, H.G. 1995: 136)
6.2 Runtutan Atau Koheren
Runtutan
atau koheren merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesbuah wacana
sehingga menjadikan sesebuah teks itu bermakna. Oleh itu, runtutan merupakan
asas dalam pembinaan wacana kerana sesuatu teks itu dianggap sebagai wacana
jika teks tersebut mempunyai makna.
Contohnya:
Penyakit
sindrom kurang daya tahan atau Aids bukanlah gejala yang baharu. Penyakit ini
telah lama dikesan di beberapa buah Negara di Eropah. Walaupun bidang sains dan
teknologi berkembang maju, tetapi masalah ini masih tidak dapat diatasi.
Contoh
di atas jelas menunjukkan kesinambungan idea melalui perkataan Aids, gejala,
penyakit dan masalah ini. Kesinambungan idea ini telah menjadikan ayat-ayat
tersebut bertaut di antara satu sama lain untuk membentuk wacana yang bermakna.
Kebanyakan wacana mempunyai tautan untuk menjadikannya runtut. Walau
bagaimanapun, teks yang bertaut tidak semestinya runtut.
Contohnya:
Wanita
itu membeli baju baharu bewarna biru. Warna biru ialah warna kegemaran
muda-mudi kini. Muda-mudi kini ramai yang menghadapi masalah sosial.
Berdasarkan
teks di atas, setiap ayat mempunyai tautan. Tetapi teks tersebut tidak
merupakan wacana kerana teks tersebut tidak bermakna dan tidak difahami.
Malahan, teks tersebut tidak mempunyai kesinambungan idea atau tidak koheren.
Oleh itu, untuk menghasilkan wacana, sesuatu teks itu perlulah koheren atau
runtutan.
6.3 Tujuan
Setiap
wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan perlu mempunyai
tujuan. Tujuan sesuatu wacana ini ditentukan oleh penghasil wacana tersebut
sama ada penulis atau pembicaranya. Sesuatu wacana perlu mempunyai tujuan untuk
menimbulkan interaksi yang komunikatif. Tujuan ini akan menentukan jenis wacana
yang digunakan. Jika tujuan seseorang adalah untuk mendapatkan maklumat, ayat
yang sering digunakan ialah ayat Tanya, tetapi jika seseorang itu ingin
menyatakan atau menerangkan sesuatu, ayat yang digunakan ialah ayat penyata.
6.4 Penerimaan
Sesuatau
wacana sama ada lisan atau tulisan, perlu mempunyai pendengar atau pembaca.
Pendengar dan pembaca merupakan penerima sesuatu wacana. Tahap penerimaan
seseorang itu tinggi jika pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana
yang diujarkan sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan. Oleh itu, tahap
penerimaan adalah tinggi apabila tahap tujuan sama dengan tahap penerimaan.
6.5 Maklumat
Setiap
wacana mempunyai maklumat. Maklumat terdiri daripada dua jenis, iaitu maklumat
lama dan maklumat baharu. Maklumat lama ialah maklumat yang telah dinyatakan
terdahulu. Maklumat baharu pula ialah maklumat yang baru sahaja dinyatakan
dengan andaian pendengar atau pembaca tidak mengetahui maklumat itu sebelum ini.
Contohnya:
(1)
Puan Rita mengajar di sekolah menengah.
(2)
Sekolah itu sekolah berasrama penuh.
Sekolah
itu dalam ayat (2) merupakan maklumat lama kerana telah dinyatakan dalam ayat
sebelumnya. Sekolah berasrama penuh ialah maklumat baharu kerana baru
disebutkan dalam ayat itu.
6.6 Keadaan
Ciri
seterusnya ialah keadaan. Keadaan ialah latar sewaktu bahasa itu digunakan, dan
membantu pendengar atau pembaca memahami sesuatu wacana. Ungkapan “Sila masuk”,
misalnya, difahami kerana digunakan dalam keadaan latar seseorang mempelawa
seorang lain masuk ke dalam bilik atau rumahnya. Dalam kehidupan sehari-hari
terdapat pelbagai jenis latar, misalnya latar rumah tangga, latar tempat kerja,
latar tempat membeli-belah, latar berekreasi, latar beribadat, dan
bermacam-macam lagi. Setiap latar menghasilkan wacana tersendiri.
Setiap wacana perlu dikaji kaitan dan kedudukan penutur dalam masyarakat secara amnya yang akan menentukan gaya wacana sama ada gaya formal atau tidak formal. Gaya formal, contohnya, wujud apabila seseorang guru pelatih berkomunikasi dengan pensyarah, murid atau pelajar berhubung dengan guru. Gaya tidak formal adalah gaya yang wujud dalam hubungan biasa antara rakan. Hubungan ini menghasilkan kesan dialek sosial dalam pertuturan.
Setiap wacana perlu dikaji kaitan dan kedudukan penutur dalam masyarakat secara amnya yang akan menentukan gaya wacana sama ada gaya formal atau tidak formal. Gaya formal, contohnya, wujud apabila seseorang guru pelatih berkomunikasi dengan pensyarah, murid atau pelajar berhubung dengan guru. Gaya tidak formal adalah gaya yang wujud dalam hubungan biasa antara rakan. Hubungan ini menghasilkan kesan dialek sosial dalam pertuturan.
Wacana
harus ada tujuan yang menentukan sesuatu jenis ayat. Contohnya, jika tujuan
penutur adalah untuk melaksanakan sesuatu perbuatan , jenis ayat yang terbentuk
ialah ayat perintah. Begitu juga jika tujuan penutur adalah untuk mendapatkan
maklumat, jadi ayat yang terbentuk ialah ayat Tanya.
Sesuatu
wacana mesti berdasarkan kaitan antara penutur dengan pendengar dalam bahasa
lisan dan penulis dengan pembaca dalam bahasa tulisan. Tiap-tiap wacana tidak
boleh dimansuhkan maklumat yang bertentangan dengan maklumat yang terdapat
dalam ayat sebelumnya.
Contohnya:
“Kelmarin dia tidur sehari suntuk.” “Kelmarin dia tidur sehingga jam 9.00 pagi.”
“Kelmarin dia tidur sehari suntuk.” “Kelmarin dia tidur sehingga jam 9.00 pagi.”
Dalam
wacana perlu ada unsur-unsur susun atur menurut sebab, akibat, tempat, waktu,
keutamaan dan sebagainya. Tegasnya, ayat-ayat itu harus mempunyai urutan yang
berkait rapat. Misalnya:
“Cikgu Shafie mengajar dengan penuh dedikasi.” “ia mendapat pujian daripada guru besar.”
“Cikgu Shafie mengajar dengan penuh dedikasi.” “ia mendapat pujian daripada guru besar.”
Setiap
wacana harus mempunyai andaian dan inferensi. Maklumat pertama dalam wacana
digelar andaian manakala maklumat berikutnya disebut inferensi. Dalam
tatabahasa tradisional, andaian digelar judul dan inferensi disebut ulasan.
Inferensi manambah maklumat kepada andaian dan lazimnya bahagian ini diberi
tekanan suara yang tinggi. Misalnya:
6.7 Interteks
Interteks
bermaksud sesuatu wacana itu bergantung kepada wacana yang lain. Hal ini beerti
wacana-wacana lain juga memainkan peranan penting untuk membantu seseorang
memahami sesuatu wacana yang sedang dibaca atau didengarinya dengan mudah.
Dengan kata lain, kefahaman seseorang terhadap sesebuah wacana bergantung
kepada pengetahuannya terhadap perkara yang dibaca atau didengarnya itu.
7.0 JENIS-JENIS WACANA
Umumnya
wacana dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu wacana lisan dan wacana
tulisan. Wacana lisan ialah wacana yang dihasilkan melalui media lisan, iaitu
melibatkan pembicara dan pendengar. Komunikasi yang terlibat dalam wacana lisan
ini ialah komunikasi interaktif, iaitu komunikasi yang melibatkan hubungan
pembicara dan pendengar secara langsung. Dalam wacana lisan, pembicara biasanya
akan menggunakan ekspresi wajah, intonasi suara, gerak badan dan sebagainya
untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada pendengar. Biasanya dalam wacana
lisan, pembicara akan mendapat respon daripada pendengar pada ketika itu juga.
Antara contoh wacana lisan adalah menerusi perbualan, temu ramah, ceramah, khutbah,
pidato dan siaran televisyen atau radio.
Wacana
tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis. Wacana tulisan
melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca.komunikasi yang terlibat
ialah komunikasi tidak langsung, iaitu komunikasi satu arah. Penulis tidak
berhadapan dengan pembaca sewaktu wacana tersebut dihasilkan. Oleh itu, penulis
tidak mendapat respon secara langsung daripada pembaca. Wacana tulisan
seringkali disunting terlebih dahulu bagi menghasilkan tulisan yang berkualiti
dan tepat. Dalam wacana tulisan, pembaca perlu membaca teks yang ditulis untuk
memahami maksud yang ingin disampaikan oleh seseorang pengarang atau penulis.
Antara
contoh wacana tulisan ialah tulisan-tulisan yang terdapat di dalam akhbar,
majalah dan buku. Rencana di bawah adalah merupakan salah satu contoh wacana
tulisan.
Contoh
wacana tulisan : Rencana
Tajuk
: Masalah-masalah yang Dihadapi Akibat Kemasukan Pekerja Asing.
Oleh
: Siti Aminah bt Kasim
Perkembangan
ekonomi dalam tahun 80-an dan tahun 90-an menyediakan peluang pekerjaan yang
amat banyak hingga negara tidak mempunyai tenaga buruh yang mencukupi. Fenomena
ini menyebabkan negara mengimport tenaga dari negara jiran. Sebaliknya,
kemasukan tenaga buruh asing menimbulkan pelbagai masalah sosial.
Kedatangan
buruh asing secara beramai-ramai yang tidak disaring latar belakang mereka
membenarkan kemasukan penjenayah yang datang untuk mencari kesempatan.
Sungguhpun, sebahagian besar daripada buruh asing ini datang untuk mencari
rezeki terdapat pula mereka yang berniat jahat. Justeru itu, berlakulah jenayah
seperti pencurian, rompakan, dan penipuan. Golongan jahat ini datang untuk
mencari kesenangan dengan cepat. Oleh itu, kejadian rompakan dan kecurian
kerapkali berlaku di mana buruh asing ramai didapati.
Rancangan
menerima buruh asing digunakan oleh sesetengah pihak untuk lari dari kampung
halaman mereka. Mereka lari dari tempat mereka kerana mereka melakukan jenayah.
Apabila mereka datang ke sini mereka mungkin bertemu dengan seteru lama mereka.
Justeru itu, kita kerapkali dikejutkan oleh pergaduhan dan pembunuhan di
kalangan buruh asing terutama sekali yang datang dari Indonesia dan Filipina.
Selain
itu, di kalangan buruh asing itu terdapat juga mereka yang datang bukan untuk
makan gaji tetapi untuk berniaga. Walaupun pada mulanya mereka bekerja tetapi
setelah beberapa lama mereka berniaga dengan membuka gerai. Mereka berniaga
tanpa lesen dan kadang-kadang bersaing dengan peniaga tempatqan. Oleh sebab
overhed mereka rendah, mereka berupaya menjual barang-barang mereka dengan
murah. Kegiatan ini menimbulkan pelbagai masalah kepada peniaga tempatan. Di
samping itu, peniaga tempatan yang tidak boleh bersaing meninggalkan tempat
perniagaan mereka. Tindakan ini menambah pula peniaga saing seperti di Chow Kit
pada suatu ketika dahulu.
Di
samping itu, terdapat pula golongan buruh asing yang cuba menganut budaya
tempatan sehingga mereka menjadi seperti penduduk tempatan. Kebanyakan daripada
mereka berkahwin dengan gadis-gadis tempatan. Setelah mengumpulkan wang dengan
banyak mereka balik ke negara asal mereka dan meninggalkan anak-anak dan isteri
mereka. Fenomena ini jika tidak dikawal sudah pasti menimbulkan masalah sosial
dan membebankan negara.
Rancangan
jangka pendek untuk mengisi kekosongan di kilang, tapak pembinaan,
ladang-ladang, hotel, dan restoran rupa-rupanya membawa masalah yang berat.
Andainya, pengambilan buruh asing berlanjutan maka kawalan yang ketat dan
saringan yang teliti perlulah diambil oleh pihak yang berwajib.
8.0 PENANDA WACANA
Penanda
wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan
sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap.
Penanda wacana amat penting dalam sesebuah teks kerana penanda wacana dapat
mewujudkan pertautan atau kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain
sehingga membentuk kesatuan.
Penanda
wacana juga merupakan unsur-unsur bahasa yang mewujudkan kohesi dan koheran
antara satu teks dengan teks yang lain sehingga membentuk kesatuan. Terdapat
banyak jenis penanda wacana dalam bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu terdapat
lima jenis penanda wacana, iaitu
8.1 Penanda Leksikal
Penanda
leksikal ialah penanda yang melibatkan pertautan antara perkataan atau frasa
secara semantik (makna) dalam sesebuah wacana. Penanda leksikal melibatkan
unsur pengulangan kata dan kebiasaannya pengulangan kata yang terlibat ialah
pengulangan unsur yang sama, pengulangan sinonim, hiponim dan kolokasi.
Pengulangan unsur yang sama bermaksud setiap kata diulang secara penuh tanpa
melakukan sebarang perubahan. Contohnya seperti:
Ibu
amat menyayangi Ahmad. Kami juga amat menyayanginya. Dalam ayat di atas,
berlaku pengulangan secara penuh bagi perkataan menyayangi.
Pengulangan
sinonim pula merujuk kepada pengulangan kata yang mempunyai makna yang hampir
sama seperti:
Suatu
ketika dahulu wanita itu amat dikaguminya. Tetapi kini, wanita itu dianggapnya
sebagai perempuan murahan. Perkataan wanita dan perempuan merupakan pengulangan
kata yang sinonim iaitu sama makna.
Pengulangan
hiponim pula ialah pengulangan yang melibatkan hubungan antara makna khusus dan
makna yang umum yang mana merangkumi makna yang khusus. Makna yang umum disebut
sebagai superordinat manakala makna khusus disebut sebagai hiponim. Contohnya
ikan merangkumi makna yang khusus seperti tenggiri, bawal, cencaru, selar dan
kembung.
Contohnya:
Malaysia
telah mengimport pelbagai jenis kereta dari luar negara. Antaranya Honda,
Nissan, Toyota dan Volvo.
Pengulangan
kolokasi melibatkan kehadiran sekumpulan kata yang saling berkait dengan
sesuatu idea, topik, situasi atau konteks. Lazimnya pengulangan kolokasi
melibatkan hubungan leksikal selingkungan seperti perkataan almari, meja dan
kerusi dikatakan sebagai perkataan yang berkolokasi kerana perkataan-perkataan
ini mempunyai lingkungan yang sama iaitu perabot. Selain itu pula, apabila kita
mendengar ungkapan tendangan percuma, kita akan menggambarkan situasi permainan
bola sepak, dengan kata lain tendangan percuma berkolokasi dengan permainan
bola sepak.
Contohnya:
Pembuangan
sisa-sisa toksik ke dalam sungai telah menyebabkan pencemaran air. Oleh itu, banyak
ikan dan udang yang mati. Dalam ayat di atas, ikan dan udang merupakan
perkataan yang berkolokasi kerana mempunyai lingkungan yang sama iaitu hidupan
air.
8.2 Penanda rujukan
Penanda
rujukan melibatkan rujukan terhadap ganti nama diri dan ganti nama tunjuk.
Rujukan ganti nama diri melibatkan ganti nama diri orang pertama, kedua dan
ketiga. Contoh rujukan ganti nama diri adalah seperti yang berikut:
Aku,
Sani dan Udin akan ke Kuala Lumpur. Kami bertolak pada pukul empat petang.
Perkataan kami merupakan kata ganti nama diri bagi aku, Sani dan Udin. Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang membawa maksud menunjukkan benda atau perkara. Dalam bahasa Melayu, penanda penunjuk terdiri daripada perkataan ini, itu, sini dan situ.
Perkataan kami merupakan kata ganti nama diri bagi aku, Sani dan Udin. Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang membawa maksud menunjukkan benda atau perkara. Dalam bahasa Melayu, penanda penunjuk terdiri daripada perkataan ini, itu, sini dan situ.
Contohnya:
Di
manakah awak tinggal? Saya tinggal di sana.
8.3 Penanda penghubung
Penanda
penghubung berfungsi sebagai penjalin unsur-unsur linguistik seperti perkataan,
frasa atau ayat yang terdapat dalam sesebuah wacana. Penanda penghubung terdiri
daripada penghubung tambahan, tentangan, musabab dan tempoh.
Penghubung
tambahan merupakan penghubung yang memberikan maklumat tambahan terhadap
sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Antara penghubung tambahan dalam
bahasa Melayu ialah dan, malahan, tambahan pula, lebih-lebih lagi, di samping
itu dan selanjutnya.
Contohnya
:
Tugasnya
sebagai wartawan di salah sebuah syarikat penyiaran benar-benar member
pengalaman kepadanya kerana dia sering diberikan tugasan di luar Bandar.
Malahan dia juga berpeluang melawat negara-negara luar seperti Thailand dan
juga India untuk menjayakan rancangan dokumentari itu.
Penghubung
tentangan ialah penghubung yang menunjukkan pertentangan maklumat antara suatu
ayat yang baru diperkatakan dengan ayat sebelumnya dalam sesebuah wacana.
Antara contoh penanda penghubung tentangan ialah tetapi, sebaliknya, namun dan
walau bagaimanapun.
Contohnya
:
Penghuni
benua Amerika suatu ketika dahulu bukanlah kaum kulit putih dan berambut perang.
Sebaliknya, mereka merupakan kaum yang berambut panjang dan hitam. Penanda
penghubung musabab ialah penanda yang merupakan sebab berlakunya sesuatu.
Contoh penanda musabab ialah kerana, oleh sebab dan oleh itu.
Contohnya:
Dia
kesuntukan masa. Oleh sebab itu, dia perlu menyiapkan tugasannya secepat
mungkin.
Penanda
penghubung tempoh ialah penanda penghubung yang menunjukkan urutan masa atau
siri berlakunya sesuatu. Contoh penanda penghubung tempoh ialah pertama, kedua,
ketiga, kemudian, selanjutnya dan sebagainya.
Contohnya:
Pada
peringkat awal pendakian, ramai di kalangan ahli kami yang kepenatan. Kemudian,
kami berhenti rehat untuk jangka waktu yang panjang dan selepas itu, kami
teruskan pendakian. Akhirnya, berbekalkan semangat juang yang tinggi kami berjaya
sampai ke puncak Gunung Kinabalu tepat jam 6.30 pagi.
1.
Tambahan dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya,
di samping.
2.
Urutan Pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu,
akhirnya.
3.
Penyataan semula iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan.
4.
Contoh contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata,
sebagai.
5.
Rumusan rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai
penyimpul kata
6.
Tempat berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan.
7.
Waktu apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan,
lambat-laun, akhirnya.
8.
Sebab dan kesan oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan
itu.
9. Bandingan seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan.
10. Pertentangan tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan.
9. Bandingan seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan.
10. Pertentangan tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan.
11.
Pengesahan sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah,
sememangnya.
8.4 Penanda penggantian.
Penggantian
ini dikenali sebagai Substitution. Penggantian adalah pengambilan alihan atau
pertukaran bagi sesuatu segmen kata, frasa atau klausa oleh kata ganti yang
lainnya.
Penanda
penggantian terdiri daripada penanda penggantian nominal, verbal dan klausal.
Penggantian nominal ialah penggantian yang dilakukan terhadap kata nama tau
frasa nama, manakala penggantian verbal melibatkan penggantian terhadap kata
atau frasa kerja dan penggantian klausa pula melibatkan penggantian sebahagian
daripada ayat.
Contohnya
:
Saya
sengaja tidak mahu menebang pokok durian itu. Nanti baru saya lakukan.
Dalam
contoh di atas, perkataan lakukan menggantikan sebahagian ayat sebelumnya,
iaitu menebang pokok durian itu. Penggantian seperti ini merupakan penggantian
klausa.
8.5 Elipsis
Elipsis
melibatkan pengguguran kata atau frasa yang telah dinyatakan dalam ayat
sebelumnya. Ini beerti pengguguran kata atau frasa melibatkan maklumat yang
telah diketahui oleh pembaca atau pendengar berdasarkan konteksnya.
Contoh
1 :
Pemuda
itu kelihatan resah. Tidak tahu arah mana yang harus ditujunya.
Dalam
contoh di atas, frasa pemuda itu tidak diulang dalam ayat kedua. Walaupun ayat
kedua tidak menyatakan unsur yang sama seperti ayat pertama, tetapi ayat kedua
ini masih difahami.
Contoh
2 :
Ah
Meng suka baju berwarna merah. Adiknya suka baju putih.
Dalam
ayat (1) di atas perkataan tidak diulang dalam ayat (2). Walaupun dalam ayat
pertama dan kedua menyatakan unsur yang sama iaitu unsur warna tetapi kedua-dua
ayat tersebut masih boleh difahami.
8.5.1 Jenis elipsis.
Terdapat
tiga jenis elipsis , iaitu
a) Pengguguran nomina
Contoh
:
A:
" Kita ini perlu anak. Tau anak! Adanya anak akan lebih bererti hidup
…"
B:
"Kenapa diungkit-ungkit juga soal ^ itu?" (Leman Ahmad. 1984: 24)
b) Pengguguran verbal
Contoh
:
A:
"Pernahkah kamu menaiki beca dan basikal?"
B:
"ya, pernah ^ " (Tarigan, H.G. 1995:166)
c) Pengguguran klausa
Contoh
:
Guru:
"Apakah kamu mahu mendapat biasiswa dari kerajaan?" Pelajar: "Ya
tentu"
(Tarigan, H.G. 1995:147)
(Tarigan, H.G. 1995:147)
11.0 KESIMPULAN
Wacana
ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Wacana mempunyai ciri-ciri yang
terdiri daripada tujuh tahap ketekstualan, iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan,
maklumat, keadaan dan juga interteks. Selain itu, penanda wacana pula terdiri
daripada lima jenis yang disebut sebagai penanda leksikal, rujukan, penghubung,
penggantian dan juga ellips.
Wacana
juga terbahagi kepada dua jenis iaitu wacana jenis lisan dan wacana jenis
tulisan. Wacana jenis lisan merupakan wacana yang melibatkan antara penutur dan
juga pendengar. Sebagai contohnya ialah seorang guru yang bertanya kepada
muridnya kenapa tidak hadir ke kelas. Manakala wacana tulisan pula ialah wacana
yang melibatkan bidang penulisan. Sebagai contohnya ialah surat rasmi yang
ditulis kepada kerajaan, laporan, memo dan sebagainya.
Wacana
bukan sekadar diperingkat ayat, malahan meliputi perenggang, bab, buku dan siri
buku. Tujuh ciri ketekstualan perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang
baik sama ada dalam penghasilan penulisan atau pengucapan. Sesebuah wacana yang
baik perlu memperlihatkan pertautan dan kesinambungan idea. Pertautan dan
kesinambungan idea ini bukan sekadar antara ayat dengan ayat atau antara satu
perenggang dengan satu perenggang, bahkan dari satu bab dengan bab yang lain.
Hal ini penting untuk memperlihatkan kesatuan bagi menghasilkan wacana yang
utuh.
Wacana
juga penting bagi menghasilkan kerja yang bermutu selain daripada boleh menyempurnakan
sesuatu perkara. Sebagai contohnya, dengan menggunakan wacana yang betul
melalui percakapan seseorang itu akan menyebabkan seseorang itu akan dihormati
oleh orang lain. Hal ini kerana seseorang itu mampu mempamerkan kesungguhannya
menggunakan bahasa dengan betul ketika bercakap.
RUJUKAN
Mohd
Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan Abdul & Adenan Ayob.
(2012). Tatabahasa Wacana. Tanjong Malim: Emeritus Publications.
Mohd
Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan abdul dan Adenan Ayob. (2012).
Analisis Wacana. Perak
: Emeritus Publications.
Sanat
Md. Nasir. (2002). Tautan dalam
Wacana Bahasa Melayu Akhbar. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa
dan Pustaka.
No comments :
Post a Comment