Sunday, 27 March 2016

PENGENALAN WACANA

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), wacana merupakan keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, pertuturan, percakapan atau suatu perbincangan atau pertukaran idea secara lisan. Manakala tokoh Barat juga ada pandangan tersendiri mengenai wacana

Menurut Crystal, wacana merujuk kepada perlakuan yang mempunyai status pra teori dalam linguistik iaitu, ujaran yang terdiri daripada peristiwa bahasa seperti perbualan, khutbah dan temu duga. Manakala Cook pula mendefinisikan wacana sebagai bahasa istilah umum yang bermaksud percakapan atau penulisan yang menyatakan sesuatu yang panjang. Justeru, boleh disimpulkan pendapat beliau ini iaitu wacana melebihi batas ayat. Konsep wacana menurut tokoh bahasa Melayu pula mempunyai pentakrifan tersendiri mengenai bidang wacana. 

Menurut Henry Tarigan (1987), wacana ditakrifkan sebagai unit atau saluran linguistik yang tertinggi, lengkap, terbesar dari segi skalanya, supra ayat, tersusun rapi dengan koherensi dan kohesi tinggi yang berkesinambungan yang mempunyai awal dan akhir yang nyata disampaikan secara lisan dan bertulis. Jelas beliau melihat wacana itu sebagai saluran linguistik yang berada pada peringkat tertinggi bahasa dan mempunyai talian awal dan akhir.

Rujukan: Mohd Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin Abu Hassan Abdul & Adenan Ayob. Tatabahasa Wacana.